Category |
Assignment |
Subject |
Psychology |
University |
Universiti Teknologi MARA |
Module Title |
CTU552 Falsafah Dan Isu Semasa |
Hasil Pembelajaran
Setelah tamat mengikuti kursus ini pelajar dapat:
- CL01 Mengaplikasikan ilmu falsafah, Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara terhadap isu semasa.
- CLO2 Menerangkan isu semasa berdasarkan aliran pemikiran utama dalam pelbagai aliran falsafah.
- CLO3 Menghuraikan isu semasa melalui perspektif perbandingan falsafah sebagai asas bagi menjalin dialog antara budaya.
Deskripsi Kursus
Kursus merangkumi hubungan ilmu falsafah dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukunegara. Penggunaan falsafah sebagai alat untuk memurnikan budaya pemikiran dalam kehidupan melalui seni dan kaedah berfikir serta konsep insan. Topik utama dalam falsasah iaitu epistimologi, metafizik dan etika dibincangkan dalam konteks isu semasa. Penekanan diberikan kepada falsafah sebagai asas bagi menjalin dialog antara budaya serta memupuk nilai sepunya. Di hujung kursus ini pelajar akan mampu melihat disiplin- disiplin ilmu sebagai satu badan ilmu yang komprehensif dan terkait antara satu sama lain.
Mode Penyampaian
Kuliah, diskusi, pembentangan, kajian kes dan role play.
Kandungan Kursus



Rujukan:
- Al-Attas, S. M. Naquib. (1991). The Concept of Education in Islam. Kuala Lumpur: ISTAC
- Dzulkifli, A. R. & Rosnani, H. (2019) Pentafsiran Baharu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020. Kuala Lumpur: IIUM Press.
- Osman Bakar (1999) The Classification of Knowledge in Islam. Cambridge, U.K.: The Islamic Texts Society.
- Rosnani Hashim (2017). Revitalisation of Philosophy and Philosophical Inquiry in Muslim Education. Kulliyyah of Education, IIUM.
- Al-Faruqi I.R. (1994). Al-Tawhid: Its Implications for Thought and Life (2nd Ed.). Herndon: IIIT.
- Mitchell, H.B. (2011). Roots of Wisdom: A Tapestry of Philosophical Traditions (6th Ed.).Wadsworth: Cengage Learning.
- Phillips, D.C. (Ed.) (2014). Encyclopedia of Educational Theory and Philosophy (1st Ed.).SAGE Publications.
- Hospers, J. (1997). An Introduction to Philosophical Analysis (4th Ed.). London: Routledge.
- Solomon, R.C. & Higgins, K.M. (2010). The Big Questions: A Short Introduction to Philosophy (8th Ed.). Wadsworth: Cengage Learning.
- Weiming, T. & Ikeda, D. (2011). New Horizons In Eastern Humanism: Buddhism, Confucianism, and The Quest for Global Peace. I.B. Tauris.

Perincian Tugasan Kertas Kerja (30%)
A. Panduan
- Tugasan dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan perlu memilih satu tema kajian kes.
- 1 kumpulan terdiri daripada 4 atau 6 orang ahli sahaja. Rujuk Pensyarah.
**Tertakluk kepada bilangan pelajar mendaftar dalam sebuah kelas. Pensyarah berhak menentukan jumlah kumpulan, ahli dan tugasan berkaitan mengikut kesesuaian.
- Pengisian tugasan tertakluk kepada tema yang diberi. Setiap kumpulan hendaklah merujuk kepada pensyarah untuk mendapat bimbingan.
- Tugasan kertas kerja dan portfolio perlu dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan. Rujuk pensyarah.
B. Format
- Font: Arial-11 @ Times New Roman-12
- Spacing: 1.5
- Justify Paragraph
- Halaman: 15-20
- Muka Depan Mengandungi Logo UiTM, Nama Universiti, Nama Kampus, Semester, Kod & Nama Kursus, Tajuk kertas kerja, Nama pelajar & No.
- Matrik (Disediakan oleh), Kelas, Kumpulan, Nama Pensyarah (Disemak oleh), dan kotak penilaian dan markah. Rujuk contoh.
C. Kandungan
1. Pengenalan
- Berikan pengenalan secara umum berkaitan tajuk kajian kes yang dipilih
2. Analisa & Perbincangan
- Bahagian ini mengandungi empat subtopik iaitu Pernyataan Masalah, Faktor Permasalahan, Impak kes dan Solusi kepada kes tersebut
3. Kesimpulan
- Kesimpulan dari keseluruhan perbincangan
4. Rujukan/bibliografi
- Menggunakan format rujukan APA Style (American Psychological Association)
- 10-15 rujukan yang berautoriti: Laman web, akhbar, jurnal, buku, bab dalam buku, prosiding, makalah, ensiklopedia, kamus, buletin, latihan ilmiah, wawancara dll yang autentik.
5. Etika & Moral Profesional
- Tiada unsur plagiarisme
- Merangkumi ketepatan masa submit, kekemasan dan ketepatan dari segi kandungan penulisan dan teknikal/format penulisan.

Perincian Tugasan Pembentangan (30%)
A. Panduan
- Tugasan dilakukan secara berkumpulan. Pembentangan boleh dilakukan dalam bentuk slide, video dan poster.
- Tugasan perlu dibentangkan mengikut tarikh yang ditetapkan. Rujuk pensyarah.
- 1 kumpulan terdiri daripada 4 atau 6 orang ahli sahaja.
**Tertakluk kepada bilangan pelajar mendaftar dalam sebuah kelas. Pensyarah berhak menentukan jumlah kumpulan, ahli dan tugasan yang berkaitan mengikut kesesuaian.
- Setiap kumpulan dikehendaki melaksanakan projek (isu semasa/kajian kes) mengikut tema yang telah ditetapkan. Rujuk Pensyarah.
- Setiap tugasan dan aktiviti hendaklah menepati etika profesionalisme serta tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Pensyarah berhak melarang sebarang pengisian yang tidak sesuai. Rujuk pensyarah.
- Peruntukan masa pembentangan setiap kumpulan 30 minit termasuk Q & A
B. Kandungan
- Pengenalan
- Pernyataan Masalah
- Faktor Permasalahan
- Impak
- Solusi yang telah dilaksanakan (pilih badan/pertubuhan/NGO yang terlibat dengan isu/inisiatif pelajar)

Perincian Ujian Akhir (40%)
- Dilaksanakan secara bersemuka pada minggu ke-14 Rujuk pensyarah.
- Terdiri daripada soalan objektif (MCQ), 40 markah (40 soalan).
- Pelajar tidak dibenarkan meniru dan berkomunikasi semasa ujian akhir. Sekiranya engkar arahan, pelajar boleh dibawa ke Lembaga Tatatertib Pelajar.
*jika disabitkan kesalahan, pelajar boleh dijatuhkan hukuman di bawah peraturan 48, Akta 174 Akta Institusi Pendidikan (disiplin).