OFFERS! offer image Get Expert-crafted assignments
Save 51%

GGGB5613: Kurikulum Dan Inovasi Dalam Pendidikan Tugasan 2026 | OUM

Looking for Plagiarism-Free Answers for Your US, UK, Singapore, New Zealand, and Ireland College/University Assignments?

Talk to an Expert
Published: 18 Apr, 2026
Category Assignment Subject Education
University Open University Malaysia (OUM) Module Title GGGB5613: Kurikulum Dan Inovasi Dalam Pendidikan

GGGB5613 Assignment /Tugasan

Aktiviti 1

Berdasarkan aspek kreativiti yang dikemukakan oleh Bently1997

  1. Bincangkan bagaimana penciptaan bahan pembelajaran digital boleh memanfaatkan kreativiti penglihatan dan pendengaran melalui multimedia
  2. Penjanaan idea: berdasarkan Kurikulum KSSR atau KSSM, bincangkan dalam pasukan topik yang dicadangkan .

Penciptaan Bahan Pembelajaran Digital

Menurut pandangan Bently (1997), penciptaan bahan pembelajaran digital melalui multimedia dapat memanfaatkan kreativiti penglihatan (visual) dan pendengaran (audio) dengan menggabungkan pelbagai elemen media secara serentak untuk meningkatkan kefahaman dan merangsang kreativiti. Hasilnya, pembelajaran menjadi lebih bermutu apabila pelajar bukan sekadar membaca, tetapi juga melihat, mendengar, dan berinteraksi.

Topik 1 : Nutrisi

KSSM Tingkatan 2 Sains

Bab 3.3 – Sistem pencernaan manusia

Sebab : Topik ini melibatkan struktur organ dalam badan manusia seperti mulut, esofagus, perut dan usus. Penggunaan bahan pembelajaran digital seperti animasi dan video dapat membantu pelajar memahami proses pencernaan makanan dengan lebih jelas kerana pelajar boleh melihat pergerakan makanan dalam sistem pencernaan secara visual.

Kreativiti Pendengaran :

  • Teknik audio yang menerangkan fungsi setiap organ pencernaan.
  • Bunyi atau penerangan langkah demi langkah proses pencernaan makanan.
  • Video pembelajaran dengan penerangan suara guru atau pelajar.

Kreativiti Penglihatan :

  • Animasi pergerakan makanan melalui sistem pencernaan.
  • Gambar atau grafik struktur organ pencernaan manusia.
  • Video atau infografik yang menunjukkan proses pencernaan makanan.

Contoh :

Gambar rajah untuk proses pencernaan manusia.

Topik 2 : Haiwan

KSSR Darjah 5 Sains

Bab 3.3 – Rantai makanan

Sebab : Topik rantai makanan mudah difahami kerana ia menunjukkan hubungan antara haiwan dan tumbuhan dalam ekosistem. Bahan pembelajaran digital seperti animasi dan gambar haiwan dapat membantu pelajar melihat dengan jelas bagaimana tenaga dipindahkan daripada satu organisma kepada organisma lain.

Kreativiti Pendengaran :

  • Bunyi haiwan seperti burung, harimau atau katak untuk menarik minat pelajar.
  • Teknik audio yang menerangkan hubungan antara pengeluar, pengguna dan pemangsa.
  • Video penerangan tentang contoh rantai makanan dalam alam semula jadi.

Kreativiti Penglihatan :

  • Animasi rantai makanan yang menunjukkan hubungan antara organisma.
  • Infografik yang memaparkan aliran tenaga dalam ekosistem.
  • Gambar haiwan dan tumbuhan untuk memudahkan pelajar memahami konsep rantai makanan.

Topik 3 : Jirim

KSSR Darjah 5 Sains

Bab 8.2 – Kitaran Air

Sebab : Topik kitaran air melibatkan beberapa proses seperti penyejatan, pemeluwapan dan hujan. Bahan pembelajaran digital dapat membantu pelajar memahami proses ini dengan lebih jelas melalui animasi dan video yang menunjukkan pergerakan air dalam alam semula jadi.

Kreativiti Pendengaran :

  • Bunyi hujan atau air mengalir untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik.
  • Teknik audio yang menerangkan setiap proses dalam kitaran air.
  • Video penerangan tentang bagaimana hujan terbentuk.

Kreativiti Penglihatan :

  • Animasi proses kitaran air seperti penyejatan dan pemeluwapan.
  • Infografik yang menunjukkan peringkat dalam kitaran air.
  • Video atau gambar awan, hujan dan sungai untuk membantu pemahaman pelajar.

Aktiviti 2

  1. Berdasarkan Aktiviti 1, cadangkan model-model ID yang anda boleh gunakan dalam mereka bentuk bahan pembelajaran digital.
  2. Model-model ini boleh digabung jalinkan mengikut kesesuaian

Model ASSURE merupakan model reka bentuk instruksional yang memberi penekanan kepada penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Model ini membantu guru merancang pengajaran secara sistematik supaya bahan pembelajaran digital yang dihasilkan dapat meningkatkan pemahaman serta penglibatan pelajar.

Model ini mempunyai enam langkah utama, iaitu Analyze Learners, State Objectives, Select Methods, Media and Materials, Utilize Media and Materials, Require Learner Participation, serta Evaluate and Revise.

Langkah Model:

  1. Analyze learners – Mengenal pasti latar belakang dan tahap pelajar.
  2. State objectives – Menentukan objektif pembelajaran.
  3. Select media – Memilih bahan multimedia.
  4. Utilize materials – Menggunakan bahan media dalam pengajaran.
  5. Require performance – Melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
  6. Evaluate and revise – Menilai keberkesanan dan menambah baik bahan.

Model ini sesuai untuk bahan pembelajaran digital seperti video, animasi dan kuiz interaktif.

Model ADDIE merupakan satu model reka bentuk yang berfungsi sebagai garis panduan bagi kerangka kerja berbentuk sistematik dan efektif yang merangkumi lima fasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Model ini digunakan untuk membantu, merancang dan membina bahan pengajaran atau kurikulum yang lebih berkesan serta menepati keperluan pelajar.

Model ini terdiri daripada lima fasa iaitu Analisis (Analyze), Reka Bentuk (Design), Pembangunan (Develop), Pelaksanaan (Implement) dan Penilaian (Evaluate). Model ID yang dipilih bersesuaian dengan topik pengajaran yang akan dilaksanakan kerana berbentuk sistematik dengan langkah secara berperingkat mampu memudahkan pelajar memahami serta fleksibel untuk setiap proses.

Penggunaan Model ASSURE Bagi Topik Rantai Makanan

Subjek: Sains
Tahap: KSSR Tahun 5
Topik: Bab 3.3 – Rantai Makanan

Model yang digunakan ialah model ASSURE bagi membantu guru merancang bahan pembelajaran digital secara sistematik dengan penggunaan multimedia.

1. Analyze Learners (Menganalisis Pelajar)

Pada peringkat ini, guru mengenal pasti latar belakang pelajar sebelum merancang bahan pembelajaran.

Bagi topik Rantai Makanan:

  • Pelajar Tahun 5 berumur sekitar 11 tahun.
  • Pelajar sudah mempunyai pengetahuan asas tentang haiwan dan tumbuhan.
  • Pelajar lebih mudah memahami konsep melalui visual seperti gambar rajah dan animasi serta audio yang menarik.

Analysis (Analisis) – ADDIE

Guru menganalisis:

 
 
  • Umur pelajar (11 tahun)
  • Pengetahuan sedia ada (kenal haiwan & tumbuhan)
  • Gaya pembelajaran (visual & interaktif)

Contoh: Pelajar lebih faham melalui animasi berbanding teks panjang

2. State Objectives (Menyatakan Objektif Pembelajaran)

Objektif pembelajaran bagi topik ini ialah:

  • Pelajar dapat menerangkan maksud rantai makanan.
  • Pelajar dapat mengenal pasti pengeluar, pengguna dan pemangsa.
  • Pelajar dapat membina contoh rantai makanan yang mudah.

Reka bentuk (Design) – ADDIE

Guru merancang:

  • Objektif pembelajaran (aras Bloom: faham → aplikasi)
  • Strategi PdP

3. Select Media (Memilih Media)

Guru memilih kaedah pengajaran dan bahan multimedia yang sesuai.

Kaedah pengajaran:

  • Pembelajaran berasaskan multimedia
  • Perbincangan dan aktiviti interaktif

Pilih elemen yang menarik untuk menghidupkan topik:

  • Media: Video animasi kitaran rantai makanan.
  • Bahan: Kad gambar haiwan/tumbuhan, slaid PowerPoint, atau modul digital.

Reka bentuk (Design) – ADDIE

Guru merancang penggunaan media

  • Video animasi
  • Kuiz

Pembangunan (Develop) – ADDIE

Guru menyediakan bahan mengajar:

  • Video / slaid / infografik
  • Kad gambar digital

4. Utilize Materials (Menggunakan Bahan)

Guru menggunakan bahan multimedia semasa pengajaran.

Contohnya:

  1. Guru memaparkan video animasi rantai makanan kepada pelajar.
  2. Guru menerangkan konsep menggunakan infografik digital tentang aliran tenaga dalam ekosistem.
  3. Guru memainkan audio bunyi haiwan bagi menarik perhatian pelajar dan membantu mereka mengenal pasti organisma dalam rantai makanan.

Pelaksanaan (Implement) – ADDIE

Guru menjalankan PdP menggunakan bahan

  • Contoh: Guru memaparkan video

5. Require Performance (Melibatkan Penyertaan Pelajar)

Pelajar perlu terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

Contoh aktiviti:

  • Pelajar menyusun gambar haiwan untuk membentuk rantai makanan.
  • Pelajar menjawab kuiz digital berkaitan rantai makanan.
  • Pelajar menghasilkan poster digital rantai makanan.

Pelaksanaan (Implement) – ADDIE

Melibatkan pelajar melakukan aktiviti

  • Aktiviti menyusun rantai makanan

6. Evaluate and Revise (Menilai dan Menambah Baik)

Guru menilai keberkesanan bahan pembelajaran yang digunakan.

Penilaian boleh dilakukan melalui:

  • Soalan kuiz atau latihan tentang rantai makanan.
  • Pemerhatian terhadap pemahaman pelajar semasa aktiviti.
  • Maklum balas pelajar mengenai penggunaan video dan animasi.

Penilaian (Evaluate) – ADDIE

Penilaian:

  • Formatif : Kuiz , pemerhatian
  • Sumatif : Latihan / topik ujian

Penambahbaikan dibuat

Aktiviti: Bandura

Konsep Reciprocal Determinism (Penentuan Timbal Balik) yang diperkenalkan oleh Albert Bandura menyatakan bahawa perilaku seseorang dipengaruhi oleh interaksi berterusan antara 3 faktor : Individu (Kognitif/Personal), Persekitaran, dan Perilaku (Tingkah Laku).

Contoh situasi: Menjalankan eksperimen sains di dalam makmal

  1. Faktor Individu (Kognitif/Sikap)

Seorang murid bernama Ahmad masuk ke makmal dengan keyakinan diri yang tinggi terhadap topik eksperimen. Dia percaya dia mahir mengendalikan radas dan mengikut prosedur.

  1. Faktor Persekitaran

Makmal dilengkapi dengan peralatan dan fasiliti yang lengkap, peraturan keselamatan yang ketat, dan guru yang memberi tunjuk ajar yang jelas.

  1. Faktor Perilaku (Tingkah Laku)

Ahmad menjalankan eksperimen dengan teliti, mengikut setiap langkah dalam buku teks, dan memakai peralatan perlindungan (PPE) dengan betul.

Bagaimana ketiganya saling berinteraksi?

  • Individu ↔ Tingkah Laku: Kerana Ahmad yakin (Individu), dia berani mencuba prosedur mencabar dan fokus (Tingkah Laku). Kejayaan menjalankan eksperimen itu kemudiannya meningkatkan lagi keyakinan dirinya.
  • Persekitaran ↔ Tingkah Laku: Susunan makmal yang kemas (Persekitaran) memudahkan Ahmad bergerak dengan selamat (Tingkah Laku). Tambahan pula, tingkah laku/sikap Ahmad yang menjaga kebersihan meja selepas eksperimen membantu mengekalkan persekitaran makmal yang kondusif.
  • Individu ↔ Persekitaran: Kehadiran guru yang memberi galakan (Persekitaran) membuatkan Ahmad rasa lebih berminat dengan subjek sains (Individu). Minat Ahmad pula membuatkan dia kerap bertanya soalan, yang seterusnya mendorong guru untuk berkongsi lebih banyak ilmu (mengubah persekitaran pembelajaran menjadi lebih aktif).

Get Help in GGGB5613: Kurikulum Dan Inovasi Dalam Pendidikan Assignment before Deadline

Pay & Buy Non Plagiarized Assignment

Looking for support with your GGGB5613: Kurikulum Dan Inovasi Dalam Pendidikan assignment at Open University Malaysia (OUM)? We provide clear, student-friendly academic guidance tailored for Malaysian learners who want to improve understanding and writing quality. Our support focuses on structured explanations, reference-based learning materials, and practical examples to help you develop strong assignment answers samples confidently. Whether you need help with curriculum concepts or innovation in education topics, we assist you in learning effectively. Ideal for students seeking Assignment Helper Malaysia services and reliable study resources for better academic performance.

Workingment Unique Features

Hire Assignment Helper Today!


Latest Free Samples for University Students

Digital Marketing Assignment Sample PDF For Students

Category: Assignment

Subject: Marketing

University: Wrexham University

Module Title: Digital Marketing

View Free Samples

AUEC3-059 Obtaining resources for engineering activities Assignment Answers Solution PDF

Category: Assignment

Subject: Engineering

University:

Module Title: AUEC3-059 Obtaining resources for engineering activities

View Free Samples

EAL L3 Eng AUEC3-003 Working efficiently and effectively in advanced manufacturing and engineering Assignment Answers

Category: Assignment

Subject: Engineering

University: EAL Level 3 Diploma in Advanced Manufacturing and Engineering – Technical Support Technician

Module Title: EAL Level 3 AUEC3-003 Working efficiently and effectively in advanced manufacturing and engineering

View Free Samples

QUALIFI L5 BUS503 Business Development Assignment

Category: Assignment

Subject: Business Management

University: Qualifi

Module Title: BUS503- Business Development

View Free Samples

CII M92 – Insurance business and finance Coursework Assignment Answers

Category: CII Assignments

Subject: business

University: _______

Module Title: CII M92 – Insurance business and finance

View Free Samples
Online Assignment Help in UK